Kau Wira di medan ilmu..meroboh tembok kejahilan,amanatmu tetap harum subur di hati..tetap mewangi bak dr telaga kasturi. Selamat Hari Guru, bersama kita membangun negara bangsa-Kak Haspiah
Bila murid duduk..cikgu berdiri. Bila murid di seligi..cikgu digari Murid dtg naik BMW 7 siri..cikgu dtg naik motor buruk road tax pun da mati Murid pi belajar smapai PhD..cikgu baru berkira-kira nak sambung degree Namun begitu..di dunia cikgu berbakti, moga diakhirat syurga tempat kita kekal abadi Selamat Hari Guru-Intan Norhaida
Jika doamu dimakbulkan, tanda Allah menyayangi mu Jika doa mu lambat dimakbulkan,tanda Allah ingin mengujimu Jika doa mu tidak dimakbulkan, tanda Allah merancang yang terbaik untuk mu Happy Teacher's Day- Kak Sharima
I can appreciate: coffee without susu Night without lampu Curry without lembu Burger without keju but NOT a school without CIKGU I wish u Happy Teacher's Day- Kak Fuza
C-Celik I-Insan K-Kerana G-Guru U-Unggul Selamat HAri Guru-Roslita
Semoga cerdik mu secerdik Aisyah cantikmu secantik Ainul Mardhiah Pengorbanan mu setinggi Sumaiyah Ikhlas mu seikhlas Rabiatul Adawiyah dan semoga tempatmu di syurga Al-Jannah Selamat Hari Guru-unknown
Guru Dalam ajarnya ada harapan dalam tegurnya ada doa dalam marahnya ada sayang dalam tawanya ada mesra dalam diam ada bijaksana dalam tangannya kita terbina Berbahagia lah menjadi GURU Selamat Hari Guru- Rose Adeline
Ingatkan campak rupanya jerawat batu Mengajar bagai nak rak bebudak wat tak tahu rasa macam nak sepak,takut kene serbu banyakkan bersabar...kita kan CIKGU-Kak Gie
Walau apapun nilaian yang diberi kepada mu GURU berbahagialah diri jika setiap tindakan mu hanya mengharap redha dr NYA. Selamat Hari Guru-Pn. Rohaya
Mak cakap,CIKGU mcm Maggi..makanan rutin time susah Ayah cakap CIKGU mcm D'Seekers, menakutkan Atuk cakap, CIKGU mcm ASTRO..macam2 ada tp..Saya cakap, CIKGU mcm L'OERAL..kerana diriku begitu berharga Selamat Hari Guru- Cikgu Fadzil